HANTU MENURUT ISLAM

Islam tidak menolak kewujudan makhluk halus, malah perkara ghaib seperti kewujudan makhluk halus wajib dipercayai kerana Rukun Iman itu sendiri terdiri dari perkara-perkara ghaib yang wajib diimani. Mengatakan makhluk halus tidak wujud bermakna melakukan satu iktikad yang merosakkan akidah. Malaikat, Jin dan beberapa makhluk halus yang lain di sebut dengan jelas dalam Al-Qur’an. Ini akan saya jelaskan di dalam posting lain. Perbuatan sihir juga di sebut dengan jelas oleh Allah dalam Al-Qur’an dan ia memang mampu dilakukan oleh mereka-mereka yang melampaui batas. Menolak kewujudan mereka bermakna menolak ayat-ayat Allah dalam Al-Qur’an. Menolak ayat Al-Qur’an bermakna kita beriktikad bahawa kandungan Al-Qur’an itu tidak betul. Dengan iktikad ini, kita mencampakkan diri kita dalam perbuatan tidak beriman kepada Allah

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab Hadis Sahihnya.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya : “Ketika Rasulullah s.a.w. menyabdakan : “Tidak ada penularan, Tidak ada yang tabu di bulan Safar, dan tidak ada hantu mayat gentayangan.” Maka bertanya seorang Arab Dusun, “YA Rasulullah! Bagaimana seandainya sekelompok unta yang sihat dipadang pasir, kemudian didatangi seekor unta yang berkudis, kemudian unta yang sihat itu, berkudis pula semuanya?” jawab Rasulullah s.a.w., “Siapakah penular yang pertama-tamanya?”
(Hadis Riwayat Imam Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda : “Tidak ada penularan, tidak ada mayat gentayangan yang menjadi hantu kuburan, tidak ada binatang tetentu muncul yang menyebabkan hujan, dan tidak ada tabu di bulan Safar”
(Hadis Riwayat Imam Muslim)

Dari Jabir r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda : “Tidak ada penularan, tidak ada pengaruh atau tanda bahaya suara burung, dan tidak ada hantu.”
(Hadis Riwayat Imam Muslim)

Hadis di atas jelas menunjukkan Rasulullah s.a.w. sedang memberikan penjelasan mengenai beberapa perkara tahyul dan khurafat yang menjadi kepercayaan Arab Jahilliah pada satu ketika dulu. Pertama yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. ialah, tidak semua penyakit itu penyakit berjangkit. Jika ada penyakit berjangkit sedang menular, terdapat satu hadis daripada Rasulullah s.a.w. berkenaan dengan amalan kuarantin yang harus dipatuhi penduduk setempat yang mengalami penyakit tersebut dan penduduk luar yang dilarang masuk ke tempat tersebut. Rasulullah s.a.w. juga memberikan penjelasan terhadap kepercayaan karut yang diperkatakan oleh golongan Arab Jahiliah satu ketika dulu seperti siulan burung-burung tertentu yang dikatakan mereka sebagai alamat atau petanda kejadian tidak elok bakal berlaku. Rasulullah s.a.w. mendidik mereka dengan hadis ini yang mengatakan semua perkara tersebut adalah tidak benar dan karut. Begitu juga dengan kepercayaan Arab Jahiliah satu ketika dulu yang mengatakan bahawa mayat seseorang itu boleh kembali hidup dan menjadi hantu yang bergentayangan (merayau-rayau) di kawasan perkuburan. Dengan ini jelas sekali dari Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bahawa apa yang dikatakan hantu itu tidak wujud sama sekali. Ini kerana kebanyakan dari mitos yang menyatakan asal usul hantu-hantu dengan berbagai-bagai nama ini adalah karut marut amalan jahiliah dan animisme belaka.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s